Mengenai Kami

latar belakang pkp nilai

Pertubuhan Kebajikan Penduduk Nilai atau lebih dikenali sebagai PKPN bermula dari Facebook “Kami Penduduk Nilai” pada 6 tahun lepas iaitu 2012 yang bertujuan untuk membantu penduduk – penduduk Nilai yang ingin mempromosi dan menaikkan perniagaan mereka.

 

Daripada itu, kami mendapat pertanyaan tentang ke mana untuk menyalurkan baju baju terpakai. Di situ bermulalah pengumpulan baju-baju terpakai dan Free Market pertama diadakan di Flat Taman Semarak. Selepas itu, barang-barang basah juga dikumpulkan untuk diagihkan dan diberikan kepada mereka yang memerlukan.

 

Satu inisiatif yang dilakukan oleh pihak pengurusan adalah untuk mendaftarkan pertubuhan pada tahun 2016 dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

 

PKPN menjalankan kerja-kerja kebajikan dengan membantu golongan Asnaf yang berada di Nilai melalui sumbangan-sumbangan yang diberikan oleh para penyumbang dan dari syarikat-syarikat yang terlibat. Terdapat juga mereka yang datang ke pejabat untuk mengambil barangan keperluan. Borang maklumat akan diberikan untuk diisi supaya pihak PKPN boleh membantu golongan tersebut untuk keluar daripada kelompok kemiskinan.

 

Tumpuan banyak diberikan ke arah kawasan flat untuk menjalankan program dan aktiviti seperti Foodbank. Untuk program ini, barangan dapur diperoleh daripada pihak Tesco seperti sayur-sayuran dan juga buah-buahan. 10 keluarga dipilih untuk menerima barangan dapur setiap bulan melalui maklumat yang disampaikan jiran-jiran yang prihatin terhadap kebajikan mereka dan kebanyakannya terdiri daripada keluarga yang tidak menerima apa-apa sumbangan daripada pihak lain.

 

PKPN bertindak sebagai perantara untuk menyampaikan sumbangan daripada para penyumbang dan semoga dengan wujudnya laman web rasmi PKPN ini, nilai sumbangan dapat ditingkatkan untuk membantu lebih banyak lagi golongan yang memerlukan.

 

Kawasan Agihan Bantuan

Antara kawasan yang mendapat bantuan kebajikan daripada PKPN

  • Nilai
  • Lenggeng
  • Mantin
  • Pajam
  • Pantai
  • Sungai Gadut
  • Setul
  • Labu
  • Rantau
  • Seremban
  • Taman Semarak

Kawasan utama pengagihan Food Bank

  • Flat Semarak
  • Flat  Nilai Perdana